|
1.
Apakah yang saya perlu ada untuk memulakan perniagaan ini?
Anda
perlu mempunyai satu telefon bimbit untuk segala urusan seperti membeli
Kad Prabayar, pendaftaran ahli baru, dan sebagainya.
2.
Bagaimana jika telefon bimbit saya hilang?
Anda
boleh telefon hotline syarikat, email kepada perkhidmatan pelanggan atau SMS
talian perkhidmatan pelanggan untuk melaporkan kepada syarikat. Pihak syarikat
akan tamatkan perkhidmatan SMS telefon bimbit lama anda. Anda juga boleh menukar
nombor telefon bimbit baru dengan menulis surat kepada syarikat. Surat itu harus
mengandungi no. tel lama dan baru, Id dan nama No K.P serta tandatangan anda
3.
Macam mana saya tahu baki wang saya di syarikat?
Anda
boleh menghantarkan SMS berformat BAL kepada server syarikat
(012-8822628), dan Server akan memberitahu
baki terkini anda dalam bentuk SMS.
4.
Bagaimana saya tahu saya telah berjaya mendaftar sebagai ahli?
Anda
cuma perlu hantarkan SMS berformat INFO kepada server ( 012-88822628 )
dan anda akan mendapat balasan berbentuk SMS daripada server syarikat untuk
memberitahu anda no. ID agen anda.
5.
Tempat saya jauh daripada syarikat. Macam mana saya nak beli kad dan mulakan
perniagaan ini?
Anda
boleh melakukan pembelian kad prabayar melalui SMS. Format untuk membeli kad
prabayar boleh didapati di bahagian Format SMS di dalam laman web kami.
6.
Apa perbezaan pin yang dijual oleh syarikat ICT dan kad-Kad Prabayar yang dijual
oleh kedai-kedai komunikasi di luar?
Tiada
perbezaan. Cuma dalam bentuk yang berbeza sahaja. Semua pin-pin ini dikeluarkan
oleh Maxis, Digi, Celcom, Telekom dan lain-lain syarikat komunikasi.
7.
Pin yang diterima melalui sms sahkah?
Ya.
8.
Bolehkah saya meminta kad fizikal jika saya tidak mahu dalam bentuk pin?
Boleh.
Anda boleh mendapatkanya dari HQ Pudu atau cawangan di Subang
9.
Bagaimana jika pin yang dibeli bermasalah?
Anda
boleh mengadukan kepada pihak syarikat dan kami akan menyiasat siapa yang telah
menggunakan pin tersebut.
10.
Bagaimana jika saya salah menempah pin prepaid card?
Pihak syarikat tidak boleh menukar pin yang anda telah beli kerana pin yang
telah diberikan kepada anda telah terdedah. Oleh yang demikian, silalah
berhati-hati apabila hendak menempah pin.
11.
Berapakah umur minimum untuk menjadi ahli?
Menurut akta jualan langsung, umur minimum adalah 18 tahun.
12.
Adakah syarikat ini sah di sisi undang-undang.?
Ya. Syarikat kami menpunyai lesen jualan langsung Lesen kami adalah sah sehingga
bulan Disember 2009.
13.
Bolehkah saya menaja kedai-kedai telefon bimbit menjadi ahli?
Ya boleh. Kedai-kedai telefon bimbit boleh mendaftar sebagai ahli. Prosedur dan
faedah diterima oleh kedai-kedai telefon bimbit juga adalah sama dengan ahli
biasa.
14. Mengapa saya perlu bayar
RM99?
Bayaran RM99.00 adalah untuk mendapatkan perkhidmatan pembelian kad prabayar
melalui SMS 24 jam sehari dan juga pembelian berdiskaun untuk tempoh setahun.
15. Apa kelebihan saya sebagai
pelanggan?
Anda boleh membeli Kad Prabayar daripada syarikat dengan diskaun
yang menarik tanpa had pembelian.
16. Jika saya tidak
membayar sewa RM99.00 pada tahun depan, bolehkah saya dapat komisen dan bonus
agensi?
Jika anda tidak menyambung
penyewaan Server SMS pada tahun depan, bermakna anda bukan lagi Ejen syarikat.
Anda tidak akan lagi menerima sebarang faedah daripada syarikat; seperti diskaun
ke atas sebarang pembelian, kad percuma serta raja bonus dan juga penggunaan
perkhidmatan SMS. Ini bermakna RM99.00 perlu dibayar setiap tahun untuk terus
mendapatkan faedah-faedah diatas.
17. Macam mana jika saya
hendak dapatkan balik wang dalam akaun tunai saya?
Anda boleh mengeluarkan segala wang anda didalam akaun cash anda
pada bila-bila masa sahaja dengan hanya menelefon ke pejabat kami atau menulis
surat kepada kami. Pihak syarikat hanya akan memasukkan wang anda ke dalam bank
akaun yang sama nama seperti di dalam rekod kami.
|